sungai limau resort

Sungai Limau Resort atau lebih dikenali dengan Sungai Limau Resort Training Centre terletak kira-kira 2.4km dari PI Tebuk Haji Yusuf. Resort ini menawarkan tempat untuk yang sesuai dan selesa untuk seisi keluarga bercuti dan membuat pelbagai aktiviti masyarakat kampung. Resort ini juga sering dijadikan tempat untuk peserta-peserta kem melakukan aktiviti latihan dan motivasi. 

Penginapan kadar harga yang sangat berpatutan yang bercirikan 'kampung style' dari segi rekaannya dan juga lokasi yang privasi, jauh dari kesesakan bandar. Disini juga pengunjung luar boleh datang membawa anak-anak untuk bermandi kolam dengan bayaran RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kantin juga disediakan untuk pengunjung  menjamu selera sambil beristirehat di sini. 

 

Lokasi GPS

Latitude (E) : 101.003743

Longitude (N) : 3.654222

Alamat

Kampung Sungai Limau

45300 Sungai Besar

Selangor

No.Telefon

012 - 655 2701

(sumber: https://www.facebook.com/syahierakamaruzaman/posts/1610683765644859)