Makluman Program Derma Darah di Bangunan Plaza Mara Sg. Besar pada 9 Mac (Sabtu) jam 10.00 pagi sehingga 3.00 petang.
(Sumber : Derma Darah Teluk Intan)
Hazard merujuk kepada punca atau situasi yang berpotensi memudaratkan manusia sama ada kecederaan ataupun penyakit, kemusnahan harta benda, kemusnahan alam sekitar atau keduanya.
𝗦𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂 '𝗵𝗮𝘇𝗮𝗿𝗱' 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗵𝗮𝘇𝗮𝗿𝗱 𝗽𝘀𝗶𝗸𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 𝗽𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮.
Sehubungan itu, majikan atau pihak pengurusan perlu mengenal pasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan masalah psikososial di tempat kerja dan mengambil langkah untuk mencegah dan/atau mengatasinya.
Jom ketahui jenis-jenis 'hazard' di tempat kerja bagi mengetahui dengan lebih lanjut punca dan contoh 'hazard' tersebut agar langkah pencegahan dapat diambil.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Anak- anak ketagih dengan Gajet.
Ketagihan gajet boleh terjadi seawal usia 3 tahun.
Elakkan membeli atau memberi gajet kepada anak kecil anda.
Dikongsikan tanda amaran dan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan gajet pada anak-anak.
Ayuh! Jadi ibu bapa bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mengamalkan gaya hidup dan tabiat yang sihat.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Di Malaysia , kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki selepas kanser kolon dan paru-paru.
Dikongsikan amalan pencegahan kanser prostat sebagai panduan. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda kanser prostat, mohon agar segera ke klinik kesihatan terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Jika penyakit ini dapat dikesan pada peringkat awal, peluang sembuh adalah tinggi.
(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
Adalah normal untuk seseorang individu menunjukkan emosi marah. Tetapi jika ledakan kemarahan terlalu kerap dan mudah meletus ia dikatakan sebagai baran.
Sikap baran berpunca dari pelbagai faktor:
- Faktor genetik dan persekitaran
- Bagaimana seseorang individu dibesakan
- Masalah mental seperti kemurungan, bipolar, ADHD,
- Pengambilan bahan terlarang
- Masalah fizikal spt thyroid, tumour
Jika sikap baran anda telah memberi kesan negatif kepada rumahtangga, hubungan di tempat kerja, mengakibatkan kemalangan, pergaduhan.. sila dapatkan bantuan dan rawatan.
Cuba amalkan mindfullness dan aktif dalam aktiviti fizikal untuk mengeluarkan tenaga baran dalam diri.
(Sumber : Public Health Malaysia)