http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan?start=30#sigFreeIdadc08f909d
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan?start=30#sigFreeId420490dfe7
Razid Halal Mart bermula pada tahun 2015 menjalankan perniagaan jual beli produk HALAL Malaysia dan seluruh dunia yang diiktiraf JAKIM dan mengutamakan produk keluaran IKS dengan konsep membudayakan masyarakat Islam tentang pentingnya pengambilan produk halal dalam kehidupan seharian. Memasarkan produk sejuk beku, produk IKS dan produk keperluan harian yang mempunyai logo halal serta logo yang diiktirafkan JAKIM. Mini pasaraya ini juga komited memberi ruang kepada Pengusaha IKS Bumiputra di seluruh Malaysia untuk memasarkan produk mereka
Beroperasi setiap hari dari 7.30 am sehingga 10.00 pm. Lokasi tidak jauh dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf iaitu lebih kurang dalam 2km sahaja. Tempahan home delivary produk halal juga boleh dibuat secara online https://www.razidhalalmart.com atau hubungi di talian 03-32248805
(Sumber : ZHPM HALALmart )
Menawarkan pakej pelbagai jambangan bunga coklat sesuai dijadikan sebagai hadiah tidak kira tema seperti harijadi, konvokesyen, pengantin baru dan sebagainya. Harga yang perpatutan mengikut bajet permintaan pelanggan. Sepenuhnya dijalankan melalui media sosial facebook dan juga instagram. Puan Siti Zaleha juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kejutan kepada pelanggan. Hasil jambangan yang kreatif, simple dan mesra pelanggan menjadikan perniagaan Puan Zaleha maju dan semakin dikenali ramai terutama di kawasan Sungai Besar.
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan?start=30#sigFreeId27efb998b9
No.Tel :
019 - 458 2003
Instagram :
https://www.instagram.com/lekobae/
(sumber: https://www.facebook.com/leko.bae/)
Gerai makanan yang menjual rangka ayam bakar madu, kepak madu, tongkeng, pedal, hati, kulit dan sosej bakar. Lokasi berdekatan dengan Pusat Internet Tebuk Haji yusuf lebih kurang dalam 2.5km sahaja di Lot 1010, Jalan Lama Sungai Limau (berdekatan Institut Memandu Asia). Harga yang berpatutan dan rasa yang enak membuatkan warga Sungai Besar sering datang berkunjung untuk santapan petang.
Dengan perkembangan teknologi dihujung jari, Rangka Bakar Sungai Besar boleh didapati di aplikasi Food Panda bagi mereka yang tidak mahu keluar rumah. Waktu operasi Isnin hingga Jumaat jam 2.00 pm hingga 9 malam.
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan?start=30#sigFreeIdd224985229
(Sumber : https://www.facebook.com/rangkabakar/)
Mini Nursery Tiara Salju ini diusahakan oleh Puan Ayu Laila Binti Ismail yang juga merupakan usahawan Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Mini Nursery ini menampilkan pelbagai jenis-jenis pokok dan juga herba diantaranya Bayam Brazil, Rumput Siti Khadijah, Bunga Harum Sundal Malam dan lain-lain. Sistem hidropot juga disediakan sesuai untuk pelanggan yang berkerjaya dan tiada masa untuk menjaga pokok ataupun kepada yang tinggal di rumah flat atau sebagainya. Sistem hidropot ini cuma perlu kaedah yang senang iaitu isi tanah, baja dan air sahaja.
Kebanyakan tanaman pokok dari nursery ini adalah untuk tujuan rawatan kesihatan seperti rawatan kanser, buah pinggang, kencing manis, migrain dan sebagainya. Harga yang ditawarkan berpatutan mengikut harga pasaran.
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan?start=30#sigFreeId2f45a50b62
Tel:
017-286 8308
Alamat:
Komuniti Rumah Kayu Mydesastay, Tebuk Haji Yusuf, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat (9.00am - 6.00pm)
(sumber: https://www.facebook.com/MyDesaStay/)