Dekorasi Seni Kayu ini diusahakan oleh En Muhairi Bin Abd Manaf terletak di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar. Beliau telah mula berjinak-jinak dalam perniagaan ini sejak tahun 2005 kerana meminati bidang seni ukir kayu ini sehingga kini.
Bermula dengan ukiran yang biasa kini beliau berbangga kerana berjaya menghasilkan pelbagai produk seni ukir kayu seperti Rak Kasut, Gazebo, Kayu penggantung Kunci, Astaka, Pintu Gerbang, Kerusi Malas dan lain-lain lagi. Ramai pelanggan beliau yang meminati dan menempah hasil kerja beliau kerana seni ukiran yang unik dan kemas.
Harga yang ditawarkan adalah mampu milik mengikut saiz produk, jenis ukiran dan bahan yang digunakan.
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan/produk-tempatan?start=35#sigFreeIdcc895d90b6
Tel:
013-7604920
Alamat:
Lot 5683, Jalan Tepi Sawah, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat (9.00 am - 6.00 pm)
(sumber: https://www.facebook.com/muhairi.senikayu )
Kilang ini merupakan produk keluaran bumiputra melayu yang berasal daripada Sungai Besar Selangor. Diuruskan oleh En. Masduki Bin Hj. Mohfot yang mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang akitek. Beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual nata de coco dengan modal RM25 bagi membeli nata mentah sebelum diproses dan ditambah perasa.
Terdapat lima perisa nata de coco yang terdapat di pasaran iaitu laici, mangga, strawberi, anggur dan epal hijau, namun setiap kali cuti seperti cuti umum, syarikat itu akan mengeluarkan nata de coco edisi istimewanya, perisa nenas. Selain itu, Nandong Global Food Industries turut menjalankan kontrak pengilangan iaitu pengeluar barangan asal (OEM) nata de coco kepada sebuah syarikat lain yang memasarkan produknya menerusi jenama syarikat tersebut di pasar raya besar Giant, Tesco dan Econsave. Di Sabak Bernam, syarikat itu terlibat dengan program agro pelancongan di mana pelancong dibenarkan untuk melawat kilang nata de coco, sekali gus melihat produk itu dihasilkan.
![]() |
|
(Sumber : http://nandongfoodindustry.blogspot.my/)