Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Haniza Binti Ibrahim
Umur : 38 Tahun
Ahli : 30 Januari 2021

 

Latar belakang

Puan Haniza Binti Ibrahim adalah seorang surirumah dan usahawan kecil yang telah menjadi ahli PIK Tebuk Haji Yusuf kerana beliau ingin mempelajari ilmu ICT terutama dalam kemahiran penggunaan Ms Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau pernah mengikuti kursus latihan ICT selepas habis persekolahan dan lupa cara penggunaan aplikasi ini yang semakin berkembang dari segi versinya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas-kelas asas komputer yang dibimbing oleh PIK Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer, Ms Office, Internet & aplikasi suntingan foto.