Usahawan Kecil

Nama : Ani Suraya Binti Mohamad Yusof
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Ani Suraya Binti Mohamad Yusof  merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau ingin menceburi dalam bidang perniagaan untuk mengisi masa terluang beliau dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan.

Beliau meminati untuk membuat perniagaan selepas mengetahui ramai rakan surirumah beliau yang lain telah pun berniaga secara kecil-kecilan.

Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pendapatan sebelum menceburi bidang perniagaan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk jualan beliau menggunakan aplikasi Facebook, Whatsapp & Instagram.

Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500.00 – RM1000.00 sebulan

Mempelajari Asas Komputer, Internet Dan Menaip

Nama : Nor Zarina Binti Mohamad Jailani
Umur : 44 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Nor Zarina Binti Mohamad Jailani adalah seorang surirumah sepenuh masa yang menetap di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar.

Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT setelah dipelawa oleh rakan Persatuan Wanita Kampung Tebuk Haji Yusuf untuk sama-sama mengikuti kelas yang diadakan di PI Tebuk Haji Yusuf.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penyertaan beliau dalam kelas-kelas yang diikuti di Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai kemajuan dalam pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet serta menaip.

Usahawan Kecil

Nama : Raja Marina Binti Raja Maarof
Umur : 32 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Raja Marina Binti Raja Maarof adalah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau ingin menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk mengisi masa terluang beliau. Menyedari kepentingan  internet dan kuasa media baru seperti, Instagram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tiada pendapatan sebelum menceburi bidang perniagaan online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp & Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM200.00 – RM400.00 sebulan.

Usahawan Kecil

Nama : Rosnani Binti Hamzah
Umur : 57 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Rosnani Binti Hamzah adalah merupakan seorang penjual produk kesihatan di Kampung Simpang Lima dan ingin mengembangkan perniagaan beliau di luar kawasan kampung. Menyedari kepentingan media baru seperti Facebook, Instragram & Whatsapp adalah platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara online.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sahaja sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp dan Facebook. Dengan terhasilnya akaun Facebook dan Whatsapp, beliau kini mempunyai pelanggan dari luar kawasan bandar Sungai Besar di mana mereka mengetahui produk jualan  melalui aplikasi tersebut. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM500 – RM1000.

Mempelajari Asas Komputer, Internet dan Menaip

Nama : Azman Bin Ibrahim
Umur : 47 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Azman Bin Ibrahim adalah seorang pemegang kad OKU dan bekerja sebagai tukang urut sambilan di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar. Beliau tiada pengetahuan asas di dalam bidang ICT dan beliau amat berminat untuk mempelajari ICT di PI Tebuk Haji Yusuf.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai komputer dan internet dan langsung tidak mengetahui cara penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf, beliau kini mempunyai pengetahuan asas dalam penggunaan komputer dan internet. Walaupun beliau mempunyai masalah lembam tetapi beliau amat tekun dan sabar ketika belajar menggunakan komputer.