Klik Dengan Bijak, Tidak Pasti Jangan Kongsi - YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia atau World Telecommunication and Information Society Day (WTISD) disambut pada 17 Mei 2020 (Ahad), bersempena dengan ulang tahun penubuhan International Telecommunication Union (ITU) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan ulang tahun perjanjian konvensyen antarabangsa telegraf yang pertama dunia.
Tema sambutan WTISD yang ditetapkan oleh ITU adalah ‘Connect 2030: ICTs for the Sustainable Development Goals (SDGs)’. Ia memberi fokus kepada kemajuan dan kemunculan trend terbaharu ICT sebagai pemangkin pembangunan pintar dan mampan serta memelihara ekonomi, alam sekitar dan sosial yang mampu menyumbang kepada lima matlamat strategik Agenda Connect 2030 oleh ITU iaitu pertumbuhan, keterangkuman, kelestarian, inovasi dan perkongsian seperti yang ditakrifkan oleh Resolusi 200 PP (Rev. Dubai, 2018) .
Connect2030
#KlikDenganBijak
#MalaysiaICTVolunteer
#KKMM
#MCMC
#MYWTISD20
#WTISD
#FasihDigital
#ICT4SDG
Sumber:Klik Dengan Bijak