GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH AKAN DIEDARKAN ESOK, KHAMIS 4 JUN 2020
Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok bagi membolehkan pihak sekolah dan guru-guru membuat persediaan sewajarnya - Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Garis panduan ini dikeluarkan bagi melihat apakah kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan maka setiap sekolah telah bersedia.
Diharapkan pihak pengurusan sekolah dan juga guru memastikan agar garis panduan ini dapat dipatuhi.
#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang
Dr Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jabatan Penerangan Malaysia
Sumber : Bernama