SOP AKTIVITI MASJID DAN SURAU
Makluman Pembukaan Semula Pasar Pagi & Pasar Malam Dalam Tempoh PKPP
(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)
Setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, lebih banyak masjid dibuka bermula 19 Jun 2020 untuk mendirikan Solat Jumaat dan Solat Fardu berjemaah di Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Berikut adalah jumlah kehadiran Solat Jumaat dan Solat Fardu berjemaah di masjid-masjid sepanjang PKPP.
(Sumber : Selangor Task Force Covid 19)
Gunakan MySejahtera Check-In untuk membantu mendaftarkan kemasukan pelawat di premis anda!
Ia cukup mudah, cepat dan selamat!
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kod QR unik kepada premis anda.
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
• • • • • •
KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS DAN SKMM KEKANG JUDI ONLINE, SEKAT LAMAN SESAWANG
Kuala Lumpur, 18 Jun 2020 - Sebanyak 1,777 laman sesawang judi dalam talian yang dikesan aktif pada 2009 hingga kini disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Tindakan dilakukan susulan permohonan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertakluk mengikut Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).
SKMM dalam satu kenyataannya berkata, kerjasama dengan PDRM sedia terjalin dalam membanteras kegiatan itu meliputi aspek perkongsian maklumat, forensik digital dan sekatan laman sesawang. "Usaha dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa berlandaskan permohonan daripada pihak polis dan maklumat serta aduan yang diterima daripada masyarakat," katanya.
Kenyataan itu memberi reaksi bagi mengulas laporan eksklusif Harian Metro Isnin lalu yang melaporkan perjudian atas talian dan nombor ekor haram yang didalangi warga tempatan dan China dilihat semakin bermaharajalela dan dikatakan mengaut lebih jutaan ringgit setiap hari.
Kegiatan itu yang memiliki rangkaian antarabangsa dan organisasi tersusun dilihat memperhebatkan promosi melalui laman sosial untuk menarik kaki judi tempatan.
Malah, penutupan premis judi dan nombor ekor berlesen disebabkan penularan wabak Covid-19 menyebabkan mereka menguasai pasaran tempatan hingga dilapor mampu mengaut lebih RM100 juta dalam tempoh dua bulan sejak Mac lalu tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan.
Sumber: Harian Metro