penjana

Beberapa inisiatif dibawah PRIHATIN akan dianjakkan ke bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk pelaksanaan yang lebih efektif dan demi manfaat kumpulan sasar.

pasar

Notis: Pasar Pagi, Pasar Terbuka, Pasar Malam dan Bazaria Dibenarkan Beroperasi Mulai 15 Jun Secara Berperingkat.

Peniaga dan pelawat di premis-premis perniagaan diingatkan mengimbas kod QR dengan sistem SELangkah, memakai pelitup muka dan mengamalkan kebersihan diri sentiasa dan pastikan penjarakan sosial di antara individu.

Sebarang bentuk aktiviti ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang telah digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sila rujuk Kenyataan Media bertarikh 11 Jun 2020 di https://www.amirudinshari.com/posts/kenyataan-media-perintah-kawalan-pergerakan-pemulihan-pkpp-di-selangor

#SelangorGempurCOVID19

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)

scam alert

SCAM ALERT: WASPADA DENGAN "PHISHING WEBSITE"

Jangan sesekali dedahkan maklumat perbankan anda di mana-mana platform dalam internet atau melayan panggilan telefon oleh individu yang tidak dikenali.

#MCMC
#PDRM
#PenipuanDalamTalian
#Phishing
#ScamAlert

(Sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

 

kawasan zon merah 10

Status kes aktif dan kumulatif COVID-19 Selangor mengikut mukim di daerah sehingga 10 Jun 2020. Tiada pertambahan kes baharu hari ini (0 kes tempatan, 0 kes luar negara). Pertambahan 18 kes discaj dan tiada pertambahan kes kematian direkodkan hari ini. Syabas warga Selangor!!!. Kekalkan prestasi mematuhi SOP yang ditetapkan.