Putuskan kitaran hidup nyamuk Aedes sebelum dan selepas raya.
Luangkan 10 minit untuk Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.
#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
#SihatMilikSelangor
(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)
Sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilftiri pada esok hari, KKM sekali lagi ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia mengamalkan SOP yang telah disarankan. Aktiviti seperti ziarah kubur, kunjung-mengunjung rumah saudara mara, kalau boleh, tak perlulah kita lakukan untuk raya kali ini. Cukuplah sekadar beraya bersama ahli keluarga yang ada di rumah sahaja. Jadikan perayaan kali ini sebagai pengalaman baru buat kita semua, dan bukannya kenangan pahit.
ELAKKAN 3S
1) Tempat yang SESAK
2) Tempat SEMPIT dan tertutup
3) SEMBANG atau berbual dalam jarak dekat
AMALKAN 3W
1) WASH - kerapa cuci tangan dengan air dan sabun
2) WEAR - pakai pelitup muka jika bergejala
3) WARN
- elak dari bersalaman dan bersentuhan
- amalkan etika batuk dan bersin
- lakukan disinfeksi
- duduk rumah
- dapatkan rawatan jika bergejala
Kita sama-sama ambil tanggungjawab dan amanah ini bersama.
(Sumber - KKM)
Teruskan perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di dalam talian.
Bersama kita mencegah penularan wabak COVID-19.
#COVID19
#DudukRumah
#JarakSosial
#KlikDenganBijak
#MCMC
#PerintahKawalanPergerakan
#StaySafeStayHome
(Sumber : SKMM)
Bermalam pada raya pertama menyalahi tatacara operasi standard perintah kawalan pergerakan bagi sambutan Aidilfitri, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau menjelaskan kebenaran untuk bersama keluarga yang diziarah dalam satu rumah hanya dibenarkan untuk raya pertama.
“Raya pertama sahaja boleh bersama keluarga dalam rumah itu,” katanya pada sidang media hari ini.
“Katakan raya 24hb, kalau dia tidur di situ lebih 12.01 minit dah jadi 25hb, dan dia nak raya lagi esoknya, jadi salah dari segi SOP,” tambahnya.
Ismail ditanya pemberita adakah menjadi kesalahan jika seseorang bermalam pada raya pertama di rumah yang dia akan beraya.
(Sumber : BERNAMA)