http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=60#sigFreeIdf23c5953d6
Kedai makan ini terletak lebih kurang 3km dari Pusat Internet Tebuk Haji Yusuf. Menyediakan santapan sarapan pagi Nasi Kerabu dan Nasi Dagang sebagai menu utama pada sebelah pagi. Pada waktu tengahari kedai akan ditutup operasi sementara untuk membuat persiapan makan petang sehingga malam dimana menu utama adalah western.
Alamat :
Poknik Al-Barokah, Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi :
8.00 am - 12.30 pm
4.30 pm - 11.45 pm
(Isnin tutup)
Nombor Telefon :
0176967954
(Sumber : Poknik Al-Barokah)
PKPB SELANGOR, KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
Soalan :
Saya Kak Mon. Nak tanya. Saya ingin makan di restoran bersama suami dan 2 anak. Adakah dibenarkan?
Jawapan :
Untuk makluman. Makan di restoran dibenarkan terhad maksimum 4 orang 1 meja dengan penjarakan fizikal 1 meter dan pematuhan SOP Sektor Makanan.
(Sumber : Malaysia Government Call Centre)
Penjarakan fizikal di premis makanan. Pihak penguatkuasa membuat pemantauan yang kerap bagi memastikan SOP ini dipatuhi.
(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=60#sigFreeIde22df687bd
Ditubuhkan pada tahun 2011 bermula dari Sekinchan sehingga membuka cawangan di Sungai Besar dan Kuala Selangor. Diasaskan oleh 3 beradik dimana ketiga-tiga mereka adalah surirumah. Ilmu masakan dan resepi daripada ibu mereka yang mereka gelarkan 'Mama' menjadi inspirasi kepada nama kedai Mamawe.
Menu di cafe ini lebih kepada menu asian western seperti Chicken Chop, Chicken Chop Ramen, Mee Udang, Nasi Goreng Sausage, Cantonese Yee Mee, Laksa, Pan Mee Sup dan pelbagai lagi jenis menu makanan yang menarik. Berkonsepkan family setting, cafe ini menjadi pilihan warga di sini kerana keselesaan dan harga yang berpatutan. Lokasi yang strategik terletak di tengah-tengah Pekan Sungai Besar berhampiran dengan kedai-kedai perniagaan yang lain.
Alamat :
1-13, Jalan Sbbc 9, Sungai Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi :
Setiap hari (10am - 11.30pm)
No. Telefon :
03 - 32248825
(Sumber : MaMawe )
http://tebukhjyusuf.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan?start=60#sigFreeId1ad881d06e
Warga Sungai Besar, Selangor mesti dah tau port makan di sini. Restoran Kuala Kurau ini mempunyai menu yang ada macam-macam. Antaranya cucur udang, mee kari, mee rebus, mee goreng mamak, char kuey tiow, bakso, makanan panas dan makanan menu berlauk. Majoriti pengunjung yang makan di sini selalunya akan order cucur udang yang dikira sebagai best sellar. Lokasi yang strategik dan senang dicari iaitu di tengah-tengah Pekan Sungai Besar dan berdekatan dengan kedai-kedai membeli belah.
Alamat :
Pekan Sungai Besar
45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu Operasi :
Setiap hari ( 7.00 am - 10.00pm)
(Sumber : Restoran Kuala Kurau)