@naditebukhjyusuf

𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 (𝗦𝗲𝗷𝗮𝗧𝗶 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜) 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔. SejaTi MADANI merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 𝗿𝗶𝗯𝘂 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸. ➡️SEKTOR TUMPUAN Lima sektor tumpuan yang telah ditetapkan iaitu: 1. Pertanian dan Makanan 2. Jahitan dan Kraf Tangan 3. Herba dan Kesihatan 4. Pelancongan dan Hospitaliti 5. Aktiviti Hijau dan Kitar Semula ➡️ SYARAT-SYARAT KELAYAKAN Komuniti yang LAYAK memohon 1. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK); 2. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP); 3. Komuniti Rumah Panjang; 4. Komuniti Kampung Orang Asli; 5. Komuniti Kampung yang mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/ Pejabat Residen atau Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) atau agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); dan 6. Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan status pendaftaran yang masih aktif. 🗓️ Permohonan dibuka mulai 25 MAC 2024 hingga 30 SEPTEMBER 2024. 🔗 Secara atas talian melalui Sistem MySejaTi MADANI : https://sejatimadani.icu.gov.my Jangan lepaskan peluang ini!

♬ original sound - NADI Tebuk Haji Yusuf