Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan tempat bersejarah di sekitar Sungai Besar yang boleh dilawati diantaranya:

 

PUSTAKA HAMKA TEBUK HAJI YUSUF

 

iPiccy collage

Pustaka Hamka merupakan cetusan idea Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi, ahli parlimen Sungai Besar. Ditubuhkan Pustaka Hamka ini bertujuan menghimpunkan hasil karya Prof Dr Hamka dalam sebuah perpustakaan yang khusus supaya dapat dijadikan sumber rujukan oleh pelbagai pengguna sama ada untuk tujuan kajian atau penambahan ilmu. Merupakan satu usaha terkehadapan dalam memartabatkan seorang individu yang dikenali sebagai ulama ulung. Binaan berasaskan kabin menempatkan beberapa buah rak buku, papan pameran/maklumat dan dilengkapi dengan CCTV. Koleksi bahan prpustakaan khusus kepada buku-buku karya Buya Hamka yang diterbitkan sama ada di Indonesia, Malaysia, SIngapura dan lain-lain. Di samping itu, perpustakaan juga dilengkapi dengan bahan-bahan terbitan berkala seperti akhbar dan majalah berkaitan dengan beliau. Selain bahan bercetak, bahan audio visual dan digital merupakan pelengkap kepada koleksi bahan Pustaka Hamka.

 

LOKASI GPS

Latitude (E) : 100.9976582

Longitude (N) : 3.6699644

EMAIL

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

(sumber: Sekretariat Kebudayaan Parlimen Sungai Besar)

 

 

MINI MUZIUM WAK SURGI

minimuzium

Mini Muzium Wak Surgi adalah milik hak persendirian Encik Surgi Bin Gharib yang merupakan seorang pesara kerajaan di Pejabat Daerah Sabak Bernam. Terletak di kawasan perumahan Taman Setia Jaya, Sungai Besar, muzium ini dibina di rumah beliau sendiri yang kini sudah tidak didiami oleh beliau tetapi masih terbuka untuk pengunjung yang datang.

Berminat dalam mengumpul barang-barang lama dan antik, En Surgi mewujudkan mini muzium ini untuk berkongsi minat dan menjadikannya sebagai tempat menarik untuk dikunjungi serta tempat untuk tatapan dan kajian sejarah kepada generasi masa kini.

Diantara barang-barang lama yang ada tersimpan di sini adalah:

 minimuzium2

ALAMAT

Mini Muzium Wak Surgi 

No. 2174 Lorong Seluang

Taman Setia Jaya 

45300 Sungai Besar

Selangor 

No.Telefon

+60332243233 / 013-2633732

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

(Sumber : minimuziumwaksurgi.blogspot.com)

 

HOTEL KOMP1T, SUNGAI BESAR

 

kompit

Hotel KOMP1T adalah hotel bajet milik Koperasi Orang Melayu Parit Satu Timur Sungai Besar Berhad yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Kedudukan hotel amat strategik kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan Pekan Sungai Besar. Terdapat 26 bilik penginapan yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan moden serta lift. Mempunyai sebuah dewan seminar yang boleh menempatkan 100 hingga 120 tetamu dalam satu masa. Dewan seminar ini juga boleh dijadikan bilik bengkel kepada 3 bilik dan dilengkapi dengan PA sistem, perkhidmatan katering yang juga turut disediakan oleh pihak hotel.

Alamat

Hotel Komp1t Sungai Besar

Pt 2404, Wisma Haji Baharin

KM12, Jalan Persekutuan 5

45300 Sungai Besar

Selangor

No. Telefon

+60332241333

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 ( Sumber : https://hotelkomp1t.com )