Tarikh : 27 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 24 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melatih pelajar dari Tabika Perpaduan Setia, Sungai Besar penggunaan mouse dan keyboard.

Aktiviti 

Pengenalan asas komputer terlebih dahulu didedahkan kepada pelajar supaya pelajar dapat mengenali peralatan komputer dan cara untuk menggunakannya. Latihan seperti menaip huruf dan nombor di Ms Word dan permainan berpendidikan di laman web abcya.com diberikan kepada pelajar sebagai salah satu cara pembelajaran di atas talian.

Gambar Disini

Tarikh : 24 April 2018
Masa : 9.30 pagi - 1.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 3 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai masalah penyalahgunaan internet bersama Ahli Jawatankuasa PI1M Tebuk Haji Yusuf.

Aktiviti 
  1. Peserta didedahkan dengan pengurusan smart phone dan media sosial. Peserta juga didedahkan dengan pengunaan portal Sebenarnya.my untuk mendapatkan informasi yang betul dan sahih serta pengunaan laman web Klik Dengan Bijak untuk mengetahui cara untuk membendung masalah penyalahgunaan internet.

Gambar Disini

Tarikh : 21 April 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 6 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada peserta mengenai aplikasi Dashboard Komuniti bagi peserta yang baru menjadi ahli di PI1M Tebuk Haji Yusuf.

Aktiviti 
          1. Peserta didedahkan dengan pelbagai kegunaan dan tools yang ada di dalam aplikasi ini dan belajar untuk memuat naik maklumat atau informasi terkini di ruang komen MyKomuniti.

Gambar Disini

Tarikh : 22 April 2018
Masa : 9.30 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membuat latihan Ms Word dan Ms Excel bersama pelajar menengah.

Aktiviti 
    1. Latihan Ms Word dan Ms Excel seperti menaip surat rasmi, nota ulangkaji pelajaran, jadual dan format pengiraan matematik telah diberikan kepada pelajar untuk melatih menggunakan tools pada aplikasi tersebut. Pelajar juga mempraktikkan latihan yang diberi untuk membuat kerja tugasan sekolah di masa akan datang.

Gambar Disini

Tarikh : 20 April 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Tebuk Haji Yusuf
Peserta : 8 orang

Tujuan 
    1. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran usahawan wanita di Kampung Tebuk Haji Yusuf.
Aktiviti 
          1. Diajar oleh Puan Ismailah Binti Dasuki yang juga merupakan seorang usahawan kecil di Kampung Tebuk Haji Yusuf, cara untuk membuat jahitan kraf getah rambut dan tempat pencucuk pin jarum. Disamping itu peserta yang telah mendaftar di Dashboard Komuniti boleh memuat naik bahan terkini produk perniagaan masing-masing di Myshop.

Gambar Disini