Perkhidmatan Bas Smart Selangor telah beroperasi sepenuhnya seperti biasa bermula pada 13 Jun 2020 dengan jumlah laluan dan bas sepertimana sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
* Semua Pengguna perlu :
1. Mematuhi segala peraturan dan langkah-langkah pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Dimestikan menggunakan aplikasi SELangkah dan notis aplikasi ini perlu ditampal di dalam setiap bas untuk memudahkan penumpang mengimbas kod QR bagi tujuan ‘contact tracing’.
3. Pihak operator bas perlu memastikan tahap kebersihan bas setiap hari dengan melaksanakan aktiviti pembersihan / sanitasi,
4. Sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka semasa menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor.
Sekian. harap maklum.
(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam)