ronda

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika didapati terdapat jumlah kenderaan yang banyak di luar sesebuah kediaman, pihak berkuasa akan membuat semakan di kediaman berkenaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi pada hari perayaan.

Tegasnya, PDRM dan ATM telah bersetuju untuk mengerahkan anggotanya pada hari pertama perayaan dan hari-hari seterusnya bagi memastikan SOP terus dipatuhi.

(Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/aidilfitri-pdrm-atm-buat-rondaan-dan-pemeriksaan-rumah-ke-rumah-243553)