131656385 3838772962799649 5899651338616363213 o

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai taktik sindiket penipuan yang menyamar sebagai Pegawai Unit Integriti dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ahli sindiket akan memperdaya mangsa dengan menyatakan mempunyai tunggakan pinjaman wang dari mana-mana agensi pinjaman dan kegagalan menjelaskannya boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak SPA.

Sekiranya anda menerima panggilan telefon daripada individu yang menyatakan perkara seperti di atas, segera tamatkan talian tersebut.

 

(Sumber : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )