163521317 3247124798723737 945264190312264889 n

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diharap dapat membentuk imuniti kelompok bagi rakyat Malaysia dalam usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran virus COVID-19. Imuniti kelompok dapat disimpulkan sebagai perlindungan daripada penyakit berjangkit yang terbentuk apabila sebahagian besar kelompok masyarakat mempunyai imuniti dan terlindung daripada jangkitan penyakit tersebut.

Antara cara pembentukan imuniti kelompok yang disokong oleh World Health Organisation (WHO) adalah menerusi pemberian vaksin.

 

(Sumber : Majlis Keselamatan Negara)