437074520 736701121967454 7686228808099059225 n

Tahukah anda? Kitar semula E-waste secara tidak formal boleh menjejaskan alam sekitar dan menyebabkan kesan kesihatan yang buruk kepada manusia. Jom semua kumpulkan E-Waste anda yang ada dan hantar ke pusat pengumpulan berdaftar. Muat turun aplikasi MyEwaste untuk mengetahui senarai pusat pengumpulan E-waste berdaftar yang berdekatan dengan tempat anda. Pastikan E-Waste anda dihantar ke tempat yang betul demi menjaga kelestarian alam kita.

 

(Sumber : Jabatan Alam Sekitar)