tiada 10km

Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB. Bagaimanapun, rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang.

Orang ramai akan diberi kebenaran untuk bergerak merentas negeri satu kali, kepada mereka yang terkandas di kampung sebelum PKP berkuatkuasa. Pergerakan ini memerlukan orang ramai memohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia, dan menuruti jadual yang ditetapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Pergerakan tersebut dijadualkan dari 7 hingga 10 Mei 2020.

Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Jika mereka ditahan di sekatan jalan raya, anggota polis mempunyai maklumat individu itu yang mahu pulang ke rumah masing-masing.

PDRM sudah menerima 503,276 permohonan untuk membuat pergerakan.

Sumber : Ucapan sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) /PDRM / Jabatan Penerangan Negeri Selangor