265 nutrition

 

Sistem imuniti badan berfungsi melindungi kita daripada dijangkiti penyakit termasuk jangkitan korona virus 19 atau COVID-19.

Keberkesanan sistem imuniti badan dalam melindungi kita akan berkurangan apabila usia kita makin meningkat.

Namun, kita boleh mengekalkan keupayaan sistem ini sebagai 'benteng pertahanan automatik' dengan amalan gaya hidup sihat yang bermula pada usia muda.

Pemakanan sihat membekalkan vitamin dan zat mineral yang diperlukan badan bagi 'menggerakkan' sistem pertahanan ini.

Bukan susah pun untuk mengamalkan pemakanan sihat. Salah satu cara ialah dengan memastikan setiap hari kita makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sebagai contoh, amalan makan buah-buahan memberikan badan kita khasiat seperti Vitamin C, fiber dan mineral lain.

Sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pastikan anda sekeluarga makan buah-buahan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Jika mahu kekal sihat fizikal dan mental, peliharalah kesihatan tubuh badan.

Menjaga kesihatan tubuh badan adalah tanggungjawab diri sendiri.

Anda nak sihat, andalah yang kena bertindak.

Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C. Manakah pilihan anda?

#HealthyLifeStyle

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA