gejala baru

Ketika ini, gejala yang diketahui umum adalah demam, batuk, selesema, cirit birit serta sesak nafas.

Walau bagaimanapun, terdapat gejala yang ramai tidak sedar iaitu 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐬𝐮𝐚𝐧 serta 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐢𝐚 𝐛𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚.

"Ada mereka yang ke pejabat apabila diambil suhu ia normal, tetapi mereka ada masalah kelesuan, hilang deria bau serta rasa.

"Itu juga adalah gejala yang tidak kita maklum. Adalah penting kalau kita ambil tindakan, jika kita ada gejala yang nyata seperti demam dan batuk, kita pakai topeng muka dan jangan datang ke pejabat.

"Sebelum ini, pada mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ada pegawai yang datang, tidak ada gejala yang nyata seperti batuk, demam tetapi ada gejala kelesuan, kebetulan mereka yang menghadiri mesyuarat itu perlu menjalani ujian saringan, beliau didapati positif,"

-Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

#Covid19
#PutuskanRantaian
#Jarak1meter
#KerapCuciTangan

(Sumber : Jabatan Penerangan Negeri Selangor)