alcohol

Penyalahgunaan alkohol, seperti juga dadah, turut menimbulkan risiko buruk.

Bagi mereka yang bukan beragama Islam, jika memilih untuk meminum alkohol, mereka perlu mengambil berat tentang kuantitinya dan cuba menghindari minum minuman keras itu secara berlebihan.

Sindrom keterbergantungan kepada alkohol merupakan gangguan psikiatri, yang mana seseorang itu adalah ketagihan kepada alkohol.

Kajian yang dijalankan menunjukkan tidak ada had selamat apabila merujuk kepada minuman keras itu, malah jumlah alkohol yang diminum dikaitkan dengan banyak penyakit.

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkn pelbagai masalah kesihatan termasuk gastritis akut, sirosis hati sama ada dengan atau tanpa kanser hati, dan pankreatitis akut dan kronik.

Pengambilan alkohol berlebihan juga mengancam keselamatan nyawa orang lain.

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)