118582813 10157340906491237 749707673303021426 n

Ubatan yang TIDAK BERDAFTAR adalah ubatan yang tidak melalui proses penilaian, tidak diuji serta tidak terbukti dari segi kualiti, keberkesanan serta keselamatannya.

Dengan itu, penggunaan ubatan ini TIDAK TERJAMIN dari aspek keselamatannya. Selain itu, ubatan tidak berdaftar juga mungkin mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

Setiap ubatan yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran perubatan.

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)