241819400 10158155444581237 5129788381225094942 n

Sepsis berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap jangkitan tetapi kegagalan mendapatkan rawatan secara berkala menyebabkan kerosakan pada tisu, kegagalan organ dan seterusnya kematian. Jangkitan yang berlaku berpunca daripada bakteria, virus, parasit mahupun kulat (fungi).

Setiap orang terdedah kepada sepsis terutamanya individu yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit kronik (diabetes) dan penghidap HIV.

Sempena Hari Sepsis Sedunia yang disambut pada 13 September setiap tahun, kenali sepsis dan amalkan langkah pencegahan untuk menghindarinya.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)