257148037 254742020021142 2989797667388447266 n

1 daripada 5 orang dewasa menghidap diabetes atau kencing manis. Lebih membimbangkan lagi, separuh daripada mereka tidak sedar menghidap diabetes. Lakukan ujian secara berkala terutamanya mereka yang berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga, masalah obesiti dan peningkatan usia.

Selari dengan tema sambutan Hari Diabetes Sedunia tahun ini, akses kepada penjagaan diabetes diberi penekanan supaya pesakit diabetes dan mereka yang berisiko menghidap diabetes mendapat akses yang sewajarnya bagi mengelakkan komplikasi akibat diabetes yang lebih serius. Malah, golongan ini berisiko untuk mendapat komplikasi serius jika dijangkiti #COVID19.

Empat komponen utama yang diberi perhatian iaitu akses kepada rawatan ubat-ubatan dan insulin, akses kepada pemantauan kendiri, akses kepada pendidikan dan sokongan psikososial dan akses kepada pemakanan sihat dan aktiviti fizikal.

Dengan semangat #keluargamalaysia, bersama kita jadikan negara kita sebagai negara yang sihat dan sejahtera dengan mengambil berat tentang kesihatan masing-masing dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)