296590344 429951302500212 3745574410645348428 n

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim akan menyebabkan demam selsema yang ringan pada kebanyakan individu.

Namun, ia boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:

- kanak-kanak
- warga tua

- wanita mengandung
- mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan sebagainya.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.Bagi mereka yang mempunyai gejala jangkitan influenza, segera dapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)