433254038 810073187821353 2105671091514557723 n

Gelombang haba adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, Gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)