432214930 821123466716325 8377974549802614058 n

Pada ketika ini, tiada ujian perubatan khas seperti ujian darah, pengimejan dan sebagainya yang dapat digunakan untuk mengesahkan autisme. Diagnosis masalah autisme hanya dapat dilakukan secara pemeriksaan klinikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan rekod tingkah laku komunikasi dan tahap perkembangan kanak-kanak.

Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak perlu sensitif dengan tanda-tanda ASD dan perkembangan anak masing-masing. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak juga perlu segera merujuk kepada doktor perubatan untuk kepastian dan pemantauan. Intervensi awal amat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak.

 

(Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)