bersin

Bagi mengekang penularan jangkitan #2019nCoV di hospital, org ramai terutama golongan berisiko dinasihatkan menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting (non-essential). Golongan ini termasuk:

1. Kanak-kanak
2. Warga emas 65 tahun ke atas
3. Pesakit kronik
4. Pesakit dgn daya tahan badan yg rendah
5. Wanita hamil.

Jika golongan ini perlu hadir ke hospital, mrk dinasihat mengamalkan penjagaan kesihatan diri.

1. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
2. Basuh tangan dgn kerap menggunakan air dan sabun sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat atau guna hand sanitizer.
3. Elakkan drpd mendekati mrk yg mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan spt batuk dan selesema.
4. Amalkan etika batu (rujuk infografik)
5. Jika bergejala jangkitan saluran pernafasan, sila pakai penutup hidung dan mulut serta kekalkan jarak yg selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) drpd org lain di sekeliling.

#Infodemic
#NovelCoronavirus
#SihatMilikSelangor

(Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)