may pecahankes kkm

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12.00 tengah hari, 9 Mei 2020.

Susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Pasar Jalan Othman Petaling Jaya yang dikuatkuasakan bermula hari ini sehingga 23 Mei:

• Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

• Semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan tersebut.

• Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

• Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

• Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

#covid19
#stayathome
#workfromhome

Sumber:KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA