105672310 3277974538907852 7208890022817464047 o

Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan, serta murid Tahun 5 dan 6, akan bermula bersekolah pada 15 Julai ini.Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata murid Tahun 1 hingga 4 sekolah rendah pula boleh mula ke sekolah pada 22 Julai ini.

Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan kementerian pula, mereka juga disaran turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan.