Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan rakan-rakan strategik telekomunikasi dan pengeluar peranti untuk menyediakan Pakej Pelan Data kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi sebagai salah satu usaha kementerian dalam membantu bagi menyediakan pembelajaran yang kondusif dan seimbang dengan pendekatan pengajian secara dalam talian.
Inisiatif ini melibatkan Bantuan Tunai sebanyak RM50 kepada 76,153 orang pelajar baharu sesi 2020/2021 dan Bantuan Pelan Data yang melibatkan 320,396 pelajar dari golongan B40.