126899839 3390771017688540 1897453446984530000 o

Dalam merancakkan lagi kolaborasi dengan masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi telah meningkatkan lagi program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM).

Aktiviti SULAM telah menggunakan pendekatan baharu secara dalam talian sesuai dengan situasi semasa. Inisiatif yang kini dikenali sebagai e-SULAM merupakan kaedah PdP yang melibatkan interaksi pelajar dengan komuniti secara dalam talian.

Interaksi ini melibatkan pengkongsian video dan pengkongsian maklumat melalui media sosial.

Bagi menggalakkan penglibatan pelajar bersama komuniti dan industri, bermula November 2020 Kementerian turut melaksanakan pertandingan e-SULAM peringkat nasional.

 

(Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi )