Kerajaan Negeri menawarkan bantuan kewangan secara one-off untuk mana-mana institusi pendidikan anak istimewa yang berdaftar bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat/Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Selangor.
Dikendalikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), inisiatif ini menyediakan peluang kepada institusi pendidikan anak istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan pusat tersebut serta melaksanakan program dengan lebih berkesan dan sistematik.
(Sumber : YAWAS)