328852437 3412702955648193 1912340571898666691 n

Pihak MCMC dengan sukacitanya ingin mengumumkan kerjasama strategik dengan Program Google Gemilang untuk menyediakan peluang peningkatan kemahiran digital kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh Malaysia bagi merapatkan jurang digital di negara kita.
 
Sebagai latar belakang, Google Gemilang ialah inisiatif latihan digital baharu di bawah Google yang bertujuan untuk membantu tenaga kerja negara dalam membangunkan kemahiran digital mengikut perubahan semasa, serta membuka peluang baharu bagi memperoleh akses kepada pekerjaan berdaya tinggi.
 
Objektif program ini adalah:
i. komuniti tempatan di sekitar PEDi kini boleh meningkatkan kemahiran / melatih semula diri mereka dengan kemahiran digital; dan
ii. peserta akan mempunyai akses kepada pekerjaan melalui Konsortium Majikan Google.
 
Secara ringkasnya, kerjasama strategik dengan Google adalah untuk manfaat rakyat; terutamanya komuniti di sekitar PEDi dengan menyediakan akses kepada latihan kemahiran digital; dan serta peluang pekerjaan yang lebih baik dengan pendapatan yang lebih tinggi.
 
RINGKASAN PROGRAM GOOGLE GEMILANG:
Siapa yang boleh memohon?
• berumur 18 tahun dan ke atas; DAN
• seorang Wanita; ATAU
• Lelaki/Wanita tinggal di kawasan luar bandar; ATAU
• Lelaki/Perempuan dalam kategori B40.
 
Apakah Kursus yang ditawarkan? (pilihan mana-mana satu atau semua):
• Google IT Automation Professional Certificate
• Google UX Design Professional Certificate
• Google IT Support Professional Certificate
• Google Digital Marketing & E-commerce Professional Certificate
• Google Data Analytics Professional Certificate
• Google Project Management Professional Certificate
 
Bagaimanakah mod pembelajaran?
• Dalam talian sepenuhnya (fully online)
• Mencipta corak pembelajaran sendiri termasuk menetapkan waktu belajar (self-paced learning)
• Melalui platform Coursera - platform pembelajaran global dalam talian yang menawarkan akses kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja kursus dan ijazah dalam talian daripada universiti dan syarikat terkemuka.
• Bahasa Inggeris
 
Berapa lamakah program biasiswa ini?
• 3 hingga 6 bulan untuk diselesaikan dengan kurang 10 jam atau kajian fleksibel setiap minggu
• Tamat kursus Menjelang/Sebelum: 31 Mei 2023
 
Adakah terdapat sebarang bayaran?
• Ini adalah program biasiswa - Tiada bayaran dikenakan.
• Sertai mana-mana/semua kursus sebelum 31 Mei 2023 tanpa sebarang bayaran.
• Mereka yang gagal menamatkan kursus pada tarikh tamat 31 Mei 2023, tetapi masih berminat untuk menamatkan kursus tersebut, boleh menyambung kursus tersebut dengan membayar yuran minimum.
 
Selepas menamatkan kursus, seterusnya apa?
• Sijil pencapaian yang diiktiraf oleh syarikat-syarikat ternama
• Peluang pekerjaan yang lebih tinggi dengan syarikat ternama
 
Tarikh tamat biasiswa: 31 Mei 2023
rujuk poster untuk maklumat lanjut dan scan QR code untuk pendaftaran.