Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Fasa 1 bagi tahun 2024 telah selesai pada 8 Februari lalu.
Pemberian BAP sebanyak RM150 bagi setiap murid dapat membantu meringankan beban persediaan sesi persekolahan baharu yang bakal menjelang. Inisiatif BAP adalah cerminan keprihatinan kerajaan untuk memastikan isu kemiskinan multidimensi dan keciciran murid dinoktahkan.
(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia)