435564710 954532940008759 2628074314139724282 n

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pihak sekolah menganjurkan lawatan murid berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ia selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2023 yang membenarkan lawatan murid sekolah KPM dilakukan sehingga DUA (2) kali setahun bagi setiap murid berbanding lawatan dua kali setahun bagi setiap sekolah semasa hari persekolahan sebelum ini.