icon ipr 10 yuran tadika

Bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak tadika yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Malaysia (JPM) atau JAIS, KEMAS dan Tadika Perpaduan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai TUNAS boleh layari laman sesawang http://tunas.yawas.my/ atau hubungi YAWAS Careline di talian 03-5481 8800

(Sumber : Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS )

123027483 3321378094627833 8455719822797493684 o

Kementerian Pengajian Tinggi bekerjasama dengan rakan-rakan strategik telekomunikasi dan pengeluar peranti untuk menyediakan Pakej Pelan Data kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi sebagai salah satu usaha kementerian dalam membantu bagi menyediakan pembelajaran yang kondusif dan seimbang dengan pendekatan pengajian secara dalam talian.

Inisiatif ini melibatkan Bantuan Tunai sebanyak RM50 kepada 76,153 orang pelajar baharu sesi 2020/2021 dan Bantuan Pelan Data yang melibatkan 320,396 pelajar dari golongan B40.

123918257 3756828301017597 6236705421285844824 o

 

Mohon sebarkan jika ada belia dan graduan anak selangor yang berminat nak jadi Agriculture Drone Pilot dan Co-Pilot Drone.

Boleh terus berhubung Hj Rizal : 019 222 8669

 

(Sumber : TunasAgro.my)

122172533 3301258689973107 2843518576502674474 o

Graduates Reference Hub for Employment and Training atau GREaT merupakan portal yang dibangunkan oleh KPT sebagai hab maklumat sehenti kebolehpasaran graduan.Portal ini juga menawarkan informasi mengenai keusahawanan, peluang melanjutkan pengajian, pembiayaan pengajian serta pelbagai idea, tips dan pandangan dari pakar dan akademia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://great.mohe.gov.my/

(Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi)