275488502 1605651759806736 1178236585378778862 n

Di manakah ibu bapa warga Selangor? Inisiatif ini untuk anda!

Yayasan Warisan Anak Selangor - YAWAS telah membuka pendaftaran TUNAS untuk sesi 2022. Program subsidi yuran tadika sebanyak RM50 sebulan akan diberikan kepada ahli yang layak.

Syarat kelayakan;
Warganegara Malaysia (seperti yang tertera di Mykad); DAN Sama ada
- Ibu atau bapa kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU;
- Anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor ATAU;
- Ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun(bagi yang bukan kelahiran luar Selangor).
Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.
Pendapatan isi rumah RM3000 kebawah.

Senarai tadika yang boleh memohon bantuan ini boleh dirujuk di https://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php. Permohon boleh dilakukan di https://tunasv2.yawas.my/admin/mohon_online.php

 

(Sumber : https://tunas.yawas.my/web/)