232392623 4451596058212355 4476937393051364816 n

Permohonan untuk menyertai Program Genius Negara di Pusat Anak Genius Negara seluruh Malaysia. Tarikh Permohonan dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2021

 

(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia)

216019822 4404622902909671 3542861420255582142 n

Program GENIUS Kurnia telah melancarkan Kursus dalam Talian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Kursus dalam talian baharu yang menerangkan dengan terperinci mengenai panduan strategi intervensi bagi kanak-kanak bekeperluan khas. Kursus ini boleh diikuti secara dalam talian dibangunkan khusus kepada guru-guru dan ahli terapi dalam menjalankan intervensi kepada kanak-kanak berkeperluan khas, selain turut dibuka penyertaannya kepada individu-individu yang berminat mendalami pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas ini.
Kami kongsikan panduan strategi intervensi awal yang dijalankan di GENIUS Kurnia di platform MOOC OpenLearning bagi manfaat semua.
PERCUMA DAN AKSES 24 JAM.
E-SIJIL
Terima mata jam kredit untuk SPLKPM dan MyCPD.
(tertakluk pada terma dan syarat)

212227530 4348107991894496 6733458356339066904 n

Semakan Calon Jaya ke Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (IPG KPM) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) serta Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2021 boleh dibuat mulai Khamis, 8 Julai 2021 seperti maklumat berikut:

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara (PPC) Ambilan Tahun 2021 di pautan seperti berikut:

https://pismp.moe.gov.my/

2. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan Tahun 2021 di pautan seperti berikut:

https://matrikulasi.moe.gov.my/

 

(Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia)