Borang permohonan boleh didapati mulai 18 MAC 2021 (KHAMIS) di kaunter Jabatan Pelesenan. Seorang pemohon dibenar untuk satu tapak sahaja.
PENGEMBALIAN BORANG, BAYARAN CAGARAN & FI PERMIT
Borang permohonan hendaklah dikembalikan TIDAK LEWAT PADA 31 MAC 2021 (RABU), bersama wang CAGARAN pematuhan syarat:
i. RM1,000.00 (khemah besar 20' X 20');
ii. RM300.00 (khemah kecil 10' X 10').
FI PERMIT:
A. 20' X 20' - i. Standard : RM2,500.00
ii. Deluxe : RM3,000.00
iii. Premium : RM3,500.00
B. 10' X 10' - i. Standard : RM625.00
ii. Deluxe : RM750.00
iii. Premium : RM875.00
MAKLUMAN PENTING
(i). Sila hadir ke DEWAN SERI BERNAM pada RABU 7 APRIL 2021 jam 9:30 pagi untuk PENENTUAN PETAK;
(ii). Penentuan tapak dibuat secara CABUTAN NAMA dan diikuti CABUTAN NOMBOR PETAK;
(iii). Bayaran fi permit tapak HENDAKLAH DIJELASKAN pada hari yang sama nombor petak diperolehi;
(iv). Permohonan pengembalian cagaran boleh dibuat pada hari yang sama untuk pemohon yang gagal mendapat tapak niaga.
SILA PATUHI SOP MKN BERKAITAN PENGAWALAN PANDEMIK COVID19:
Penjarakan fizikal
Pemakaian pelitup hidung & mulut
Sanitasi anggota badan & peralatan
Pendaftaran pelanggan melalui aplikasi MySejahtera.
(Sumber : Majlis Daerah Sabak Bernam )