Perlu bantuan dan konsultasi perniagaan?
Platform e-BizClinic adalah merupakan inisiatif untuk membantu usahawan mendapatkan khidmat nasihat serta bimbingan atas talian dan ia kini boleh dibuat melalui laman sesawang khas!
Sila ikuti langkah-langkah ini untuk mendapatkan khidmat konsultasi daripada BisKaunselor INSKEN:
1. Layari www.e-bizclinic.com
2. Daftar akaun
3. Log in untuk lengkapkan permohonan sesi konsultasi
4. Anda akan dipadankan dengan BisKaunselor dan terima e-mel pemakluman
5. BisKaunselor akan menghubungi anda untuk menetapkan tarikh, masa serta platform yang akan digunakan untuk sesi konsultasi. Maklumat ini juga dipaparkan dalam sistem dan e-mel pengesahan.
6. Sesi konsultasi bersama BisKaunselor
7. Log in semula untuk memberi penilaian mengenai sesi konsultasi tersebut
Daftar sekarang dan dapatkan konsultasi percuma secara atas talian di www.e-bizclinic.com
(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)