Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Dewan Usahawan Industri Desa Selangor (DUID)* akan melancarkan satu program Latihan Kemahiran sebagai salah satu program pemantapan ekonomi Kampung Tradisi di Selangor bertujuan untuk melatih dan membimbing peserta di mana selepas kursus tersebut, peserta mampu mempunyai perniagaan sendiri sebagai sumber pendapatan mereka.
Objektif utama program ini yang mana merupakan satu inisiatif oleh *Yang Berhormat Tuan Hj Borhan bin Aman Shah, Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Negeri Selangor* ialah untuk merancakkan ekonomi Kampung Tradisi di Selangor dengan mempelbagaikan kegiatan perniagaan setempat, meningkatkan pendapatan penduduk dan mempergiatkan socio-ekonomi komuniti kampung.
Kursus kursus yang ditawarkan ialah:
- Kursus Asas Baikpulih kasut & Penyelenggaraan Spa Kasut (2 Hari)
Lokasi kursus - Kajang, Selangor
- Kursus Asas Penyelenggaraan & Baikpulih Telefon Bimbit (wajib membawa laptop sendiri) (5 Hari)
Lokasi kursus - Sg Besar, Selangor
- Kursus Jahitan Dan Melukis Pola Pakaian (4 Hari)
Lokasi kursus - Kota Damansara / Sg Buloh, Selangor
- Kursus Asas Mengurut & Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Post Natal) Mengikut Adab Melayu (3 Hari)
Lokasi kursus - Shah Alam, Selangor
Hanya yg telah lengkap vaksinasi Dos 1 & Dos 2 dibenarkan utk mendaftar
Tarikh tutup pendaftaran pada 17 Sept 2021
Dengan itu, kami ingin menjemput Tan Sri/Dato/Tok Penghulu/Tok Ketua/Tn/Pn untuk mendaftarkan peserta peserta dari Kampung Tradisi di Selangor yang difikirkan layak dan berpotensi untuk dibantu ke dalam program ini sengan cara berkongsi flyer dan link ke website
https://usahawankampung.my/ untuk pendaftaran serta mendapatkan maklumat tentang kursus dan terma.
Sila hubungi pegawai berkenaan untuk sebarang pertanyaan:
012-367 5152
Pn Ayu (UPEN Selangor)
014-245 9264
En Mahadi (DUID Selangor)
(Sumber : Kg Parit Baru)