Entrepreneurship Selangor dibawah Selangor Youth Community bakal menganjurkan satu program keusahawanan khusus untuk Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Kursus Asas Jahitan/Kursus Asas Pengendalian Makanan & Minuman/Kursus Asas Peruncitan & Perniagaan Atas Talian.
Kriteria peserta yang layak menyertai kursus ini adalah seperti yang berikut:
1. Berumur 18-45 tahun
2. Menetap di Selangor/KL/Putrajaya/Negeri Sembilan
3. Pemegang kad OKU yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
4. Berminat dalam bidang keusahawanan atau sudah menjalankan perniagaan dalam salah satu kursus yang ditawarkan
5. Boleh menjalani kursus secara fizikal dan dalam talian (online)
Jika berminat, anda boleh mendaftar di www.tinyurl.com/SAYLEADPRO.
Untuk pertanyaan, anda boleh hubungi Encik Naim di talian 018-3593797. Penyertaan adalah terhad dan percuma. Daftar sekarang
(Sumber : Entrepreneurship Selangor )