309712282 1177182139808220 4956583196198779975 n

Rakan strategik PUPUK iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bercadang menganjurkan sesi taklimat SPPP Siri 04/2022 kepada para usahawan di sekitar komuniti PEDi seperti berikut:

Tajuk Taklimat: Sesi taklimat Pendaftaran Perniagaan kepada Usahawan PEDi
Tarikh Program: 26 Oktober 2022
Masa: 10.00 pagi hingga 11.00 pagi
Pendaftaran: https://forms.office.com/r/hYN6XsLYri
Tempat: Microsoft Team link akan diberi kemudian

Program ini bertujuan untuk memberi Penerangan Berkenaan Pendaftaran Perniagaan SSM serta turut menawarkan inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara PERCUMA kepada kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara dan juga penerangan berkenaan Kod QRSSM BizTrust yang merupakan “Business Starter Kit” kepada usahawan yang diberi secara PERCUMA.

Siapa yang wajib hadir?
-Peniaga kecil dan Penjaja (Separuh masa/ sepenuh masa)
-Peniaga atas talian dan media sosial
-Peniaga secara jualan langsung, dropshipper, agen insurans, agen penapis air dan sebagainya
-Pelajar IPT

Pihak tuan/puan (Usahawan) boleh mendaftar pengesahan kehadiran di pautan link ini https://forms.office.com/r/hYN6XsLYri
Pautan link program akan di email kepada tuan/puan seawal dua (2) hari sebelum acara berlangsung.

 

(Sumber : PI Kota Raja)