Kursus Asas Keusahawanan (KAK) adalah program 2 hari direka khas untuk usahawan-usahawan yang ingin menceburkan diri dalam alam perniagaan atau yang memerlukan Refresher Course.
Apa yang dapat dipelajari dari program ini?
- Ketahui kepentingan pendaftaran bisnes dan hala tuju bisnes yang jelas
- Pengurusan Organisasi Bisnes dan Pelan Tindakan yang efektif
- Pelajari Tips Bina Jenama melalui teknik pemasaran yang berkesan
- Mendalami serta menguasai produk atau servis melalui SWOT Analysis
- Mengurus simpan kira bisnes dan mengenalpasti untung rugi bisnes anda
Yuran pendaftaran hanya RM300 termasuk penginapan dan makan minum perserta.
Tidak lupa juga PERCUMA buku panduan asas usahawan INSKEN (PadU).
Pada yang berminat, boleh mendaftar di:
Kursus Asas Keusahawanan (KAK)
Tarikh: 22-23 Julai 2023
Tempat: Melaka
Pendaftaran: https://www.insken.gov.my/kursus-asas-keusahawanan-melaka/
(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)
Agrobazaar Online merupakan Platform e-dagang yang dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dikendalikan oleh FAMA bagi memudahkan para petani dan usahawan untuk memasarkan produk.
Dalam memperkasakan dan meluaskan penggunaan Agrobazaar Online dalam pemasaran bagi meningkatkan permintaan dengan kos yang minimum, FAMA Negeri Selangor akan mengadakan:
KURSUS PENDIGITALAN USAHAWAN @ AGROBAZAAR ONLINE FAMA DAERAH SABAK BERNAM.
Kursus ini akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh :14 Jun 2023 (RABU)
Tempat : Pusat Ekonomi Digital (PEDI), Tepi Jalan Besar, Parit 8, Kg Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor
Masa :8.30 pagi – 5.00 Petang
Keperluan Kursus :-
Softcopy (Digital) dan Fotostat:
1).Salinan SSM ( Jika tiada SSM, Salinan Kad Pengenalan
2).Salinan muka hadapan bank statement
Softcopy (Digital):
3).Logo Syarikat (300 pixel X 300 pixel)
4).Gambar produk yang jelas (300 pixel X 300 pixel)
5).Banner Kedai ( Signboard Kedai) (1500 pixel x 450 pixel)
Untuk Pendaftaran Sila Klik Pautan & Lengkapkan Borang Di Bawah
https://docs.google.com/.../1FAIpQLSeVggHZJ9G.../viewform...
Tarikh Tutup Pendaftaran Pada
13 Jun 2023 (Selasa)
(Sumber : Sg Leman Sekinchan)
Syarat penyertaan bisnes spa anda sudah beroperasi kurang daripada 2 tahun, anda layak untuk menyertai program INSKEN Start-Up Coaching Spa.
Program ini akan dijalankan selama 6 bulan dan dalam tempoh tersebut anda juga akan diberikan:
1. Workshop pengenalan industri selama 3 hari 2 malam secara fizikal
2. Sesi lawatan penanda aras - 1 kali secara fizikal
3. Penilaian diagnostik perniagaan yang menyeluruh untuk mengenal pasti tahap ketersediaan perniagaan semasa
4. Latihan Khusus Teknikal Perniagaan – 2 kali secara fizikal.
5. Sesi bimbingan sebanyak 5 kali secara fizikal bersama pakar industri & Biskaunselor INSKEN
Yuran penyertaan adalah RM500.00 sahaja yang telah merangkumi kos penginapan, makan, minum dan bimbingan sepanjang 6 bulan program.
Jika anda berminat, daftar segera di www.rebrand.ly/Start-Up_Coaching2023
(Sumber : Institut Keusahawanan Negara)