USAHAWAN KECIL

 

Nama : Zainul Hizam Bin Mohd Basar
Umur : 44 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

En. Zainul Hizam adalah usahawan kecil di daerah Sungai Besar, Selangor.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

En. Zainal Hizam merupakan seorang penjual Insuran BSN Prudential di kawasan daerah Sungai Besar, Selangor. Sebelum ini beliau hanya menggunakan hebahan dari mulut ke mulut sebagai cara untuk mempromosikan perniagaan dan pendapatan bulanan beliau adalah sekitar RM1000-RM1500 sahaja sebulan. Beliau menyedari kepentingan menggunakan media baru seperti Facebook, Instagram dan aplikasi Whatsapp adalah merupakan platform yang terbaik untuk menghebahkan perniagaan secara online.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf, beliau kini telah mempromosikan produk beliau menggunakan aplikasi Whatsapp, Facebook & Instagram. Beliau kini mempunyai pelanggan dari luar kawasan Selangor di mana mereka mengetahui perkhidmatan Insuran Bsn Prudential beliau melalui Facebook, Instragram & Whatsapp. Pendapatan bulanan beliau juga kini meningkat mencecah RM2000 – RM3000 sebulan.

 

 6 Sep 2017 Latihan Media Baru 2  14 Sep 2017 Kelas Usahawan prudential 

 En. Zainul ketika mempelajari latihan keusahawanan di PI Tebuk Haji Yusuf