Mempelajari Asas Komputer, Internet dan Menaip

 

Nama : Norlaza@Norliza Binti Ahmad
Umur : 42 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Pn. Norliza adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa di Kampung Tebuk Haji Yusuf, Sungai Besar. Beliau merupakan ahli jawatankuasa Perrsatuan Wanita Fardhu Ain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn. Norliza tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai komputer, internet dan cara pengunaan komputer. Beliau juga tidak menggunakan telefon pintar menyebabkan beliau sukar untuk mendapatkan maklumat terkini dari ahli persatuan yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian, beliau berminat untuk mengikuti kelas-kelas asas komputer dan internet yang dijalankan di Pusat Internet  Tebuk Haji Yusuf. Beliau juga belajar menaip dan menggunakan mouse dengan betul sehingga mahir. Aplikasi Whatsapp dan penggunaan internet di dalam telefon juga telah diajar oleh petugas setelah beliau memiliki telefon pintar yang baru. Kini beliau tiada masalah untuk berhubung dan berkongsi maklumat bersama ahli persatuan.

 

 

 Kelas Asas Pengenalan Komp Internet 16 Mei 2017 3  Kelas Asas Pengenalan Komp Internet 16 Mei 2017 2
 12 Sep 2017 Kelas DIY Craft 7  13 Sep 2017 Kelas DIY Daun Pandan 9

Pn. Norliza ketika mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI Tebuk Haji Yusuf